Jom sertai George Town City Ride, 3 Jan.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempelawa orang ramai terutama mereka yang berminat dalam sukan berbasikal untuk menyertai program, George Town City Ride 2016 yang bakal diadakan pada 3 Januari ini.

Pengerusi Penganjur yang juga Pengarah Kawalan Bangunan MBPP, Ar. Yew Tung Seang berkata, program tersebut diadakan bersempena sambutan tahun kedua pengiktirafan status bandaraya MBPP.

“Kami (penganjur) menyasarkan lebih 2,000 peserta bakal mengambil bahagian berdasarkan pengalaman penganjuran sebelum ini.

“Pada acara tersebut, setiap peserta akan berbasikal sejauh 43 kilometer (km) bermula di hadapan Dewan Bandaran, Jalan Padang Kota Lama ke Teluk Bahang sebelum kembali semula ke Dewan Bandaran di sini,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi G-Club Penang Cyclists (G-Club), Dr. Lim Seh Guan serta ahli-ahli jawatankuasa G-Club selaku penganjur bersama.

Tambah Tung Seang, pihak penganjur bakal menyediakan 2,000 kemeja-t percuma kepada 2,000 peserta terawal.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk datang awal (pada hari penganjuran) ke Dewan Bandaran bagi mendapatkan kemeja-t (percuma) berkaitan,’’ ujar beliau yang menyatakan bahawa tiada sebarang proses pendaftaran diperuntukan.

} else {