Jual produk kreatif dari rumah di Handmade Market

Oleh :NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : AMANDA KHONG XIA LING

GEORGE TOW – Empat kali dalam tempoh setahun, Pusat Latihan Kraftangan Apple (Apple) dengan kerjasama Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) membuka gerai pameran di pasar raya terpilih di negeri ini bagi menerima serta memasarkan produk kraftangan yang dihasilkan dari rumah.

Justeru, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng berharap kesempatan itu direbut suri rumah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) untuk menghasilkan produk kreatif demi menjana pendapatan masing-masing.

“Wanita, khususnya suri rumah, ibu tunggal serta OKU sendiri seharusnya berdikari menjana pendapatan sendiri.

“Wanita perlu lebih kreatif, bukan sahaja dalam menghasilkan produk kraftangan, malah termasuk cara memasarkan produk mereka, dengan tidak seharusnya bergantung kepada cara konvensional sahaja,” katanya yang juga ADUN Padang Lalang di hadapan kirakira 150 peserta Majlis Pelancaran Handmade Market Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim serta Pengasas Apple, Fully Chye turut menyertai majlis tersebut.

Chong Eng dalam pada itu turut memuji inisiatif Apple dan PSJK atas insiatif menganjurkan majlis berkaitan. “Di sana (Handmade Market), peserta boleh menjual produk mereka.

“Dalam tempoh itulah peserta boleh menguruskan tempahan dan menghasilkan produk masing-masing di rumah tanpa perlu mengabaikan tanggungjawab sebagai suri rumah,” jelasnya yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC).

Beg, keychain, pakaian bayi, cadar bercorakan seni tampal dan ‘bantal berkarektor’ antara produk seni jahitan kreatif yang dihasilkan serta boleh didapati di pasar kraftangan berkaitan.

} else {