Larian Menara Komtar 2016, rebut tunai RM 17, 500

GEORGE TOWN – Larian Menara Komtar 2016 yang bakal berlangsung pada 5 Jun ini mensasar 1,500 penyertaan.

Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik berkata, peserta kali ini bakal merebut wang tunai berjumlah RM17,500, berbanding RM15,000 pada tahun sebelumnya.

“Selain tunai, para peserta yang berjaya menyempurnakan larian mengikut ketetapan juga bakal menerima sijil penghargaan serta pingat,” katanya pada sidang media promosi acara tahunan di sini baru-baru ini.

Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Wong Yuee Harng turut sertai sidang media itu.

Pendaftaran pertandingan yang terbahagi kepada lapan kategori berkaitan dibuka sehingga 15 Mei ini.

Hubungi talian hotline, 011 – 1070 8938 atau layari portal, www. komtartowerrun.com.my untuk mendapatkan pendaftaran atau maklum balas lanjut.

Pendaftaran secara manual turut dibenarkan di kaunter pendaftaran khas yang terpilih seperti berikut :

 

Kaunter Pendaftaran Khas No. Telefon PDC Setia Urus Sdn. Berhad.04-2623705

Pusat Khidmat ADUN KOMTAR (Teh Lai Heng) 04-227-7068

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kawasan Tanjong 04-2270215

Kaunter Berpusat MPSP 04-5497555

Pusat Khidmat ADUN Berapit (Ong Kok Fooi) 04-5308746

Pusat Khidmat ADUN Seberang Perai (Dr. Afif Bahardin) 04-3905190}