Jurulatih SUKMA julung kali terima Jurulatih SUKMA julung kali terima

Admin

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWNSyabas dan tahniah! Pungutan 32 pingat Emas, Perak (18) dan Gangsa (21) kontinjen negeri pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XV Pahang 2012 lalu cukup membanggakan seluruh rakyat Pulau Pinang.

Ini kerana, pencapaian tersebut sekaligus melepasi sasaran 25 pingat Emas yang disasarkan sebelum ini.

Malah, atlit memanah, Zulfadhli Ruslan juga berjaya mencipta rekod SUKMA dalam acara 30 meter Compound Lelaki dan 70 meter Compound Lelaki.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Leong Theng Choon berkata, beliau amat kagum dengan pencapaian kali ini yang lebih baik dan melepasi sasaran 25 Emas disasarkan.

“Peningkatan dari segi kutipan pingat dan kedudukan keseluruhan tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa usaha dan kerjasama semua pihak.

“Oleh itu, saya ingin mengucapkan syabas kepada atlit-atlit, para jurulatih serta semua ibu bapa yang telah bekerja keras dan menyumbangkan pingat kepada kontinjen negeri Pulau Pinang pada SUKMA ke – 15 di Pahang.

“Diharap semua kakitangan dan atlit yang bakal terlibat dalam SUKMA ke – 16 di Kuala Lumpur pada Jun 2013 supaya segera menigkatkan prestasi bagi bersaing dan sekaligus  melahirkan jaguh negara,’’ katanya pada Majlis Penghargaan dan Pemberian Insentif di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Belia & Sukan, Pembagunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi. Bersempena itu, buat julung kali, para jurulatih turut menerima insentif Kerajaan Negeri yang secara tradisinya hanya disumbangkan kepada para atlit.

Selain kepada para atlit serta jurulatih, Kok Fooi dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Ong Poh Eng kerana menjadi satu-satunya warganegara Malaysia yang dilantik sebagai juri sukan angkat berat pada kejohanan Olimpik sebanyak empat kali berturut-turut.

“Beliau merupakan juri angkat berat di Olimpik Sydney, Athens dan Beijing. Baru-baru ini, beliau turut dilantik sebagai ketua juri bagi sukan angkat berat di Olimpik London 2012.

LYDIA Ong Kok Fooi (barisan ketiga dari bawah, berbaju hitam) bergambar kenangan bersama para atlit dan jurulatih SUKMA XV pada Majlis Penghargaan dan Pemberian Insentif di sini baru-baru ini.
LYDIA Ong Kok Fooi (barisan ketiga dari bawah, berbaju hitam) bergambar kenangan bersama para atlit dan jurulatih SUKMA XV pada Majlis Penghargaan dan Pemberian Insentif di sini baru-baru ini.