Pertandingan Mewarna Ekspo Hijau 2012 tawar hadiah wang tunai

Admin
TEH Yee Cheu memberi penjelasan berhubung kertas kotak yang boleh dikitar semula pada majlis sidang akhbar di sini baru-baru ini.
TEH Yee Cheu memberi penjelasan berhubung kertas
kotak yang boleh dikitar semula pada majlis siding akhbar di sini baru-baru ini.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWNBuat julung kalinya, Penang Green Council Strategies Sdn. Bhd. (PGC) bakal mengadakan Ekspo Hijau Pulau Pinang: Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-kanak 2012 yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM3,470 pada September ini.

Menurut Pengerusi

Pengelola Ekspo Hijau Pulau Pinang, Teh Yee Cheu, pertandingan yang turut mendapat kerjasama Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd. tersebut akan diadakan selaras dengan tema ekspo iaitu, Memelihara untuk Masa Depan (Conserving for Tomorrow).

“Kita (PGC) juga berhasrat untuk mewujudkan kesedaran kepada generasi muda terutama anak-anak di bangku sekolah tentang pentingnya penjagaan alam sekitar.

“Malah, melalui pertandingan ini, kita bukan sahaja mampu mencungkil bakat anak-anak muda, malah, juga memberi pendedahan berunsurkan pendidikan dan kreativiti dalam memulihara alam sekitar,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Ekspo Hijau Pulau Pinang: Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-kanak 2012 yang bakal diadakan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) menawarkan hadiah bernilai RM1,170 bagi pertandingan mewarna dan RM2,300 bagi pertandingan melukis. Selain wang tunai, para peserta turut akan menerima hamper dan sijil penghargaan.

Terdapat dua kategori bagi pertandingan mewarna iaitu kategori usia 5 hingga 8 tahun dan kategori usia 9 hingga 12 tahun. Manakala bagi pertandingan melukis kategori A adalah bagi mereka yang berusia antara 13 hingga 15 tahun dan kategori B, 16 hingga 18 tahun.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang PGC di http://www. pgc.com.my/”www.pgc.com.my atau laman sesawang Popular Book Co. (M) Sdn. Bhd., “http://www.popular.com.my/”www. popular.com.my atau hubungi talian PGC, 04 – 650 5112.