Kalender Perdagangan 2013 dilancar

SEBERANG JAYA – Pelancaran Penang Trade Events 2013 Calender merupakan usaha mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan pelabur dan pusat konvensyen berpotensi tinggi.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, umumnya, pelancaran kalendar tersebut adalah untuk memberi peluang kepada peserta konvensyen dan pelancong merancang dan menyertai pelbagai acara tahunan sepanjang 2013.

“Selain menjadi destinasi utama pelancong, kita (Kerajaan Negeri) juga ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi mesyuarat (Meetings), insentif (Incentives), konvensyen (Convention) dan pameran (Exhibition) atau MICE.

“Sebelum ini, kita (Kerajaan Negeri) mempunyai satu kalender acara tahunan sahaja, tetapi sejak 2009, kita (Kerajaan Negeri) telah melancarkan kalendar pelaburan dan perdagangan berasingan sehingga menjadikan ia sebagai salah satu pakej pelancongan negeri,’’ ucap Abdul Malik ketika Majlis Pelancaran Penang Trade Events 2013 Calender di sini baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pada tahun 2009, hanya terdapat 15 jumlah penganjuran berbanding tahun keempat yang mana jumlahnya meningkat kepada 62 melibatkan pelbagai agensi dan badan-badan bukan kerajaan.

“Ini merupakan penanda aras yang mampu mendorong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan di Pulau Pinang.

“Kita telah mengambil inisiatif membina Subterranean Penang International Convention and Exhibition Centre (sPICE) bernilai RM300 juta yang bakal menjadi pusat pameran dan konvensyen terbesar dalam negara,” tambahnya lagi.

Majlis tersebut disempurnakan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan & Sokongan, Datuk Abdul Rahim Isahak; Yang diPertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, Maimunah Mohd. Sharif dan urusetia penganjuran.

Bagi mendapatkan salinan Penang Trade Events 2013 Calender, sila hubungi Penang Trade Show Committee di talian 04 – 634 0111 / 04 – 634 0126 atau hubungi Pejabat Abdul Malik di talian 04 – 650 5135.

SEBAHAGIAN peserta penganjuran Penang Trade Events 2013 Calender bergambar bersama-sama Ketua Menteri dan Abdul Malik Abul Kassim (empat dari kanan) pada Majlis Pelancaran Penang Trade Events 2013 Calender di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN peserta penganjuran Penang Trade Events 2013 Calender bergambar
bersama-sama Ketua Menteri dan Abdul Malik Abul Kassim (empat dari kanan) pada
Majlis Pelancaran Penang Trade Events 2013 Calender di sini baru-baru ini.