Kayuhan basikal gegarkan Pulau Pinang

Admin

 

GEORGE TOWN – Acara berbasikal mengelilingi Pulau Pinang ‘Campaign For Lane’ 2011 bakal diadakan pada 11 September 2011 bertempat di Jalan Padang Kota Lama bermula jam 6.00 pagi. Acara berbasikal ini bakal meliputi kawasan seperti Jalan Padang Kota Lama, Persiaran Queensbay, Telok Kumbar, Balik Pulau, Telok Bahang, Tanjung Bungah, dan Persiran Gurney. Dijangkakan lebih 3,000 pengayuh dalam dan luar negara bakal menyertai acara berbasikal terbesar yang bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Acara berbasikal ini adalah anjuran Kelab Rotary Tanjung Bungah bersama G Club Cyclist dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan ditaja oleh CIMB Bank Berhad.

Penganjuran acara berbasikal ini bertujuan memberi kesedaran tentang kebaikan berbasikal dari segi kesihatan jantung dan juga mengadakan satu laluan berbasikal yang selamat di Pulau Pinang. Sebanyak 350 papan tanda laluan berbasikal telah dipasangkan dan sebanyak 250 papan tanda lagi akan dipasang menjelang acara tersebut.

Tarikh permohonan bagi penyertaan bermula pada 23 April 2011 sehingga 11 Julai 2011. Untuk sebarang keterangan lanjut sila layari laman sesawang http://www.gclub.com.my.