Kebajikan agama Islam tidak pernah diabaikan

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

BALIK PULAUSeramai 33 guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dari Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya (100) menerima sumbangan Saguhati Hari Raya Aidilfitri keseluruhan bernilai RM26,600 daripada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) di sini baru- baru ini.

Dengan penyampaian tersebut, ia sekaligus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Kerajaan Negeri mengabaikan kebajikan agama Islam.

ABDUL Malik Abul Kassim.
ABDUL Malik Abul Kassim.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan pembangunan syiar Islam khususnya di negeri Pulau Pinang.

“Sebaliknya, Kerajaan Negeri sedang berusaha menubuhkan sebuah university Islam di sini bagi memastikan pembangunan dan syiar Islam berkembang dengan sekata,” katanya pada ucaptama majlis penyampaian kepada guru KAFA peringkat Daerah Timur Laut dan Daerah Balik Pulau di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain.

Bersempena majlis tersebut, semua guru KAFA masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM200.

Dalam pada itu, Abdul Halim menyatakan bahawa penghormatan tinggi harus diberikan kepada guru-guru KAFA kerana golongan tersebut memainkan peranan penting dalam masyarakat Islam khususnya.

“Guru KAFA harus diberikan pengiktirafan yang sewajarnya seiring dengan sumbangan mereka kepada masyarakat.

“Ini kerana, guru-guru ini juga menjadi sumber maklumat kepada para pelajar dan menjadi tempat rujukan dalam mendapatkan ilmu yang sempurna,” ujar beliau