Kejohanan ‘World Junior Weightlifting’ dirasmi

 

BERPRESTIJ… Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri dan wakil-wakil dari ‘International Weightlifting Federation‘ memukul gong sebagai gimik pelancaran Kejohanan ‘World Junior Weightlifting‘ yang julung kali diadakan di negeri Pulau Pinang.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Ong Kok Fooi.

 

Bersempena itu, kejohanan yang telah berlangsung selama lapan hari bermula 29 Jun 2011 hingga 7 Julai 2011 di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) telah berjaya mengumpulkan para peserta dari 77 negara di serata dunia.

 

Selain berentap bagi merebut gelaran dunia, kejohanan tersebut merupakan platform terbaik dalam menyediakan atlit-atlit negara dalam kejohanan bertaraf antarabangsa.