Kempen kesedaran sempena cuti sekolah

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : NAZLEEN NAJEEB

AIR IT AM – Sempena cuti penggal persekolahan hujung tahun 2014, Perbadanan Pertubuhan Wanita Pulau Pinang (PWDC) bersama-sama Kerajaan Negeri, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Melayu, Briged Wanita, dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam menganjurkan Kempen Kesedaran Scan Kanak-kanak di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai berkata, penganjuran tersebut adalah bagi membolehkan golongan kanak-kanak di komuniti Kampung Melayu mengisi masa terluang dalam melahirkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran serta perkembangan minda.

“Kini, sasaran Kerajaan Negeri adalah mensasarkan 300 naskah buku dan bahan-bahan bacaan dapat ditempatkan di Dewan JKKK Kampung Melayu untuk kegunaan anak-anak di sini.

“Pada masa sama, ibu bapa juga diharap dapat memberi kerjasama dengan menghantar anak masing-masing bagi manfaat bersama,’’ jelas beliau pada penganjuran program berkenaan di sini baru-baru ini.

Antara aktiviti yang diadakan adalah penulisan, penjagaan alam sekitar terutamanya persekitaran Kampung Melayu, seminar untuk membangkitkan kesedaran sivik dalam kalangan kumpulan berkaitan.

Seramai 55 kanak-kanak dari Flat Kampung Melayu di sini hadir memanfaatkan program yang turut memupuk kesedaran berhubung keganasan terhadap habis golongan wanita dan kanak-kanak.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);