Kenali & bantu pesakit MS – Exco

Oleh : DARWINA MOHD. DAUD
Gambar : LAW SUUN TING

GEORGE TOWN – Penganjuran sambutan Hari Multiple Sclerosis (MS) 2015 pada 21 Jun ini diharap dapat memupuk kesedaran dalam masyarakat mengenai peri penting menyokong golongan yang mengidap penyakit berkaitan.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, kini, seramai 32 pesakit telah berdaftar dengan Persatuan Mutiple Sclerosis Pulau Pinang dan terdapat 186 sukarelawan bagi membantu para pesakit terbabit.

“MS adalah sejenis penyakit autoimunisasi yang menyerang saraf pusat di otak dan sumsum tulang belakang (spinal cord).

“Menerusi program ini, peserta berpeluang mengikuti perkongsian pengalaman daripada para pesakit MS,’’ katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Multiple Sclerosis Pulau Pinang, Peter Lim.

Menurut Peter, sejak 1 April lalu, kos pembiayaan rawatan MS tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan Kerajaan Pusat.

“Sehingga kini, terdapat penemuan terapi terkini menggunakan interferon bagi mengubati MS, namun ia juga tidak memberi jaminan bahawa pesakit akan pulih sepenuhnya sebaliknya, lebih kepada untuk relax,’’ jelas beliau.

Orang ramai dijemput menghadiri sambutan Hari MS 2015 di Auditorium A, Komtar, jam 2.30 petang pada 21 Jun ini.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);