Kerajaan Negeri cakna pembangunan sosioekonomi negeri – Ketua Menteri

Admin
5c0da98a 1c17 4a5f 8f98 8b84fd158fa0

GEORGE TOWN – Sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan Negeri sehingga kini, aspek kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan sama ada pada aspek ekonomi, sosial, pendidikan mahupun keagamaan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, peranan yang dimainkan dalam bidang sosioekonomi penting ke arah membina sebuah negeri yang makmur dan sejahtera.

494ad449 0082 45e2 8db8 ab53b9f77daf“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa komited dalam menambah baik agenda pemerkasaan perancangan pembangunan agar pelaksanaan dasar dan projek-projek pembangunan dapat memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat negeri ini.

“Sehubungan itu, komitmen ini adalah selaras dengan Visi Penang2030 dan juga kerangka Malaysia Madani yang bermatlamat menambah baik kualiti kehidupan serta mewujudkan peluang pekerjaan yang akan memberi impak sinergi terhadap sektor-sektor lain sekali gus menarik pelabur untuk datang ke sini.

“(Dan) adalah menjadi harapan saya agar Kerajaan Negeri dan rakyat dapat menjalinkan kerjasama sebagai satu pasukan dalam memacu pembangunan dan kemajuan negeri ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya semasa menyempurnakan Majlis Tahlil & Iftar Persatuan Saudagar-Saudagar Permata Dan Penutian Wang Muslim Pulau Pinang (MJMC) dekat sini sebentar tadi.

09d54491 f5f0 4507 8339 77a373eae0f4
BARISAN tetamu kehormat yang turut sertai majlis berbuka sebentar tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng; Presiden MJMC, Dr. Anvar Hussain; Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Dato’ Seri Dr. Mohd. Yussof Latiff; Presiden Liga Muslim, Datuk Haja Najmudeen Kader serta barisan tetamu kehormat yang lain.

Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan turut menyatakan bahawa setiap perancangan yang diusahakan adalah diharap disudahi dengan pelaksanaan.

“Genap 10 tahun saya usahakan projek transit aliran ringan (LRT) di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP), akhirnya ia dapat dilaksanakan, saya amat bersyukur dengan perubahan pimpinan di peringkat Persekutuan dek mendapat perhatian serta layanan yang baik oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim.

“Mengimbas lawatan beliau ke Komtar baru-baru ini, beliau memaklumkan projek-projek yang telah mendapat kelulusan bakal dipercepatkan.

“Kerja saya semakin ringan cuma belum selesai, oleh itu diharapkan pelaksanaan Projek Air Perak – Pulau Pinang segera dipercepatkan agar bekalan air di Pulau Pinang terjamin untuk kegunaan industri serta sumber minuman rakyat,” jelasnya yang merupakan Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi.

0a6a37b5 1a1c 43fb 93b9 41e5de902b9b

2597bb50 ca54 4d5b 9cc1 4bd5a98f357a
SUASANA sekitar Majlis Iftar dan Tahlil MJMC.


Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : SIEW CHIA EN

Video : DARWINA MOHD. DAUD