Kerja sambungan paip lencongan Sungai Perai selesai, beberapa kawasan terjejas mula terima air

whatsapp image 2024 01 31 at 11.34.14 Roy Ang Poh Huat menunjukkan bekalan air masih diterima melalui saluran paip dekat Pasar Awam Bayan Baru pagi tadi.

SUSULAN kerja-kerja penyambungan paip lencongan berjaya dilaksanakan pada jam 6 pagi (31 Januari), beberapa lokasi yang terjejas seperti di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seri Delima mula menerima bekalan air menjelang tengah hari tadi.

Perkara tersebut di maklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Connie Tan Hooi Peng menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Menurut Hooi Peng, antara kawasan yang sudah menerima bekalan air pada pagi pagi termasuklah Jalan Akuarium, Island Glades, Island Park dan Lengkok Bawah.

“Susulan kejayaan PBAPP (Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang) menjalankan kerja penyambungan paip lengcongan, kami menerima maklumat bahawa beberapa kawasan di Seri Delima sudah mula bekalan air,” katanya dipetik.

whatsapp image 2024 01 31 at 13.11.46Sementara itu, tinjauan Buletin Mutiara ke sekitar kawasan Bayan Baru mendapati kebanyakan kawasan masih menerima menerima bekalan air.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mahsuri, Syed Baharuddin Syed Hashim, kawasan Mahsuri dekat Bayan Baru antara lokasi yang masih menerima bekalan air setakat pagi tadi.

Katanya, ini membolehkan aktiviti harian penduduk termasuk premis perniagaan masih berjalan seperti biasa.

“Setakat pagi ini, bekalan air di kawasan Mahsuri masih ada, namun kami tetap menyediakan dua unit tangki air sekiranya terdapat penduduk yang mengalami gangguan air terutamanya di kawasan rumah pangsa.

whatsapp image 2024 01 31 at 13.33.53 (1)
Salah satu tangki yang disediakan di kawasan Mahsuri, Bayan Baru.

“Pagi tadi, pihak PBAPP sudah datang untuk mengisi tangka-tangki yang disediakan sebagai persediaan sekiranya bekalan air terputus.

whatsapp image 2024 01 31 at 13.33.54
Penjaja tepi jalan di sekitar Bayan Baru masih meneruskan operasi seperti biasa.

“Walau bagaimanapun, tangki yang di tempatkan di kabin MPKK Mahsuri dekat Lorong Mahsuri 7 diutamakan untuk kegunaan penghuni-penghuni St. Nicholas’ Home.

“Sementara itu, peniaga-peniaga seperti restoran dan kedai makanan juga masih beroperasi seperti biasa dan kita belum menerima aduan berhubung ketiadaan bekalan air lagi setakat ini,” ujarnya.

Malah, tinjauan ke Pasar Awam Bayan Baru juga mendapati kira-kira 70 peratus peniaga tetap beroperasi seperti biasa manakala selebihnya mengambil Keputusan untuk menutup operasi selepas mengambil kira kemungkinan bekalan air akan terputus.

Pengerusinya, Roy Ang Poh Huat berkata, tekanan air pada pagi tadi masih kuat tetapi dilihat semakin perlahan menjelang tengah hari.

whatsapp image 2024 01 31 at 11.34.17

img 8164
Azrul Mahathir Aziz meninjaun tangki-tangki yang dibekalkan oleh BPAPP.

 

“Oleh itu, diharapkan dengan selesainya kerja-kerja penyambungan paip lencongan oleh PBAPP awal pagi tadi, bekalan air akan pulih sepenuhnya sekali gus membolehkan peniaga meneruskan operasi seperti biasa untuk hari-hari seterusnya,” ujarnya.

Bagi kawasan Bayan Lepas pula, ADUNnya, Dato’ Azrul Mahathir Aziz menerusi laman Facebook (ADUN PH N38 Bayan Lepas) menyatakan bahawa bantuan air melalui unit-unit tangki telah disediakan bagi membantu penduduk melalui sesi pemulihan bekalan air PBAPP.

“Terima kasih PBAPP kerana telah bertungkus-lumus membantu saya dan Masyarakat… moga masalah yang kita hadapi berakhir hari ini,” tulisnya.

Terdahulu, PBAPP menerusi laman Facebook memaklumkan bahawa kerja-kerja akhir Pelan B membabitkan penyambungan dua paip lencongan berdiameter 600 milimeter (mm) di tapak Sungai Perai selesai dijalankan pada jam 6 pagi tadi (31 Disember 2024).

Selepas projek itu disempurnakan, proses pemulihan air ke Daerah Barat Daya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI