Ketua Menteri, barisan Exco zahirkan penghargaan atas khidmat bakti Penasihat Undang-Undang Negeri

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyampaikan cenderahati sebagai tanda ingatan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Norazmi Mohd. Narawi yang bakal bertukar ke Putrajaya.

 

Norazmi memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri sejak 3 Disember 2018 dan berkhidmat di Pulau Pinang selama empat tahun tiga bulan sehingga 12 Mac 2023.

 

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang di Kementerian Sumber Manusia (2009 – 2013) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (2013 – 2018).

 

Bagi pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kon Yeow menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi sepanjang berkhidmat di pentadbiran ini terutama dalam menyumbang idea termasuk pembaharuan progresif dari segi perundangan negeri, struktur serta pengoperasian organisasi dan agensi di negeri ini.

 

BARISAN Exco Kerajaan Negeri bersama-sama Ketua Menteri dan Norazmi Mohd. Narawi (tujuh dari kiri) bergambar kenang-kenangan sambil menunjukkan simbol ❤️ usai penyampaian cenderamata di sini.

 

Turut menzahirkan ucapan penghargaan ialah barisan Exco yang hadir sama pada majlis ringkas yang diadakan sebelum Mesyuarat Exco disambung semula selepas rehat tengah hari di sini.

 

Semoga terus cemerlang di tempat baharu dan selamat maju jaya!

 

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR