Ketua Menteri terharu terima mesej motivasi daripada Ketua Polis Daerah Timur Laut

Admin
b21bf146 6a18 48e6 bd90 32332b49f714 ABDUL Rozak Muhammad (tengah) dengan diiringi Lee Swee Sake (kanan) menyampaikan cenderamata semasa mengunjungi Ketua Menteri di Komtar sebentar tadi.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Ketua Polis Daerah (OCPD) Daerah Timur Laut, Asisten Komisoner Abdul Rozak Muhammad di pejabatnya pada 13 Februari 2026.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Lee Swee Sake dan Ketua Cawangan Khas Daerah, Deputi Surpritendan Leong Chee Keong turut sertai kunjungan hormat tersebut.

Dalam pertemuan tersebut, Abdul Rozak memberitahu bahawa tahap keselamatan dan ketenteraan awam di Daerah Timur Laut buat masa ini adalah terkawal.

Ditanya lanjut, beliau turut menyatakan bahawa keharmonian masyarakat berbilang kaum di Daerah Timur Laut masih terpelihara.

Pada hujung pertemuan tersebut, Abdul Razak menyampaikan cenderamata yang tertera mesej, “Chow Kon Yeow. Memerhati Dunia, Dasar Yang Tepat Membuahkan Hasil, Melimpahkan Manfaat Serta Mengurangkan Kebimbangan.”

Kon Yeow yang ditemui kemudian menzahirkan rasa terharu dengan mesej penghargaan yang disampaikan oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Timur Laut tersebut.

“Saya terharu dengan hantaran ini yang disampaikan oleh warga PDRM Daerah Timur Laut, kerana mesej yang disampaikan begitu memotivasi diri saya, juga menganggap dasar-dasar yang dilaksanakan di negeri ini adalah baik,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN