Ketua Menteri terima kunjungan hormat Pengarah Kastam Negeri

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Pengarah Kastam Negeri Pulau Pinang, Datuk Saidi Ismail di sini 30 Mei lalu.

Kunjungan hormat bertemu Ketua Menteri yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Penerangan itu juga adalah bagi menyampaikan undangan untuk menghadiri majlis berbuka puasa anjuran pihak berkaitan.

Pertemuan selama 20 minit itu antara lain membincangkan perkembangan kutipan cukai di negeri ini termasuk pemantapan sistem pencukaian yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Semasa kunjungan itu, Kon Yeow turut memaklumkan bahawa momentum gerak kerja kini telah berubah dengan spektrum baharu pentadbiran di peringkat Persekutuan, dan berharap agar hubungan erat antara agensi berwajib dapat diteruskan.

Mengiringi Saidi ialah Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknik, Mohammad Nawi Noor; Ketua Bahagian GST, Tan How Chai dan Ketua Cawangan Korporat, Afizar Amir.