Ketua Menteri zahir ucapan terima kasih kepada pengundi Pengkalan Kota

PENGKALAN KOTA – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pengundi Pengkalan Kota kerana memilih Pakatan Harapan untuk terus menerajui Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2019 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pengkalan Kota yang diadakan dekat Dewan Tow Boe Keong Kew Ong Tai Tay, Lintang Macallum di sini 15 Februari lalu.

KETUA Menteri bersama-sama tetamu kehormat lain menyempurnakan acara menggaul yee sang.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Daniel Gooi Zi Sen selaku tuan rumah serta beberapa pimpinan negeri lain.

Kehadiran Kon Yeow disambut meriah dengan paluan gendang Cina diikuti dengan persembahan tarian singa dan upacara menggaul yee sang.

Para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan istimewa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sum Min selain dapat menikmati pelbagai juadah yang enak.

 

Gambar : ALISSALA THIAN