KM harap rancangan penggantian kabel elektrik di Zon Perindustian Bayan Lepas dipercepatkan

Admin

BAYAN LEPAS – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berharap rancangan Suruhanjaya Tenaga bagi menggantikan kabel-kabel sedia ada di Zon Perindustian Bayan Lepas adalah elok dipercepatkan, supaya bekalan tenaga senantiasa mencukupi bagi menampung keperluan industri berkapasiti tinggi yang kian berkembang pesat di sini.

“Suruhanjaya Tenaga boleh mempercepat penggantian kabel-kabel ke kawasan industri, dengan tidak ada kacau ganggu bekalan tenaga dapat dijamin, adalah penting.

“Pada masa akan datang, dengan perkembangan industri ini, kita juga mengharapkan bekalan tenaga elektrik secara berterusan adalah berada pada tahap yang lebih baik lagi,” jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Istiadat Konvokesyen Graduan German Dual Vocational Traning (GDVT) di Auditorium Kompleks Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) dekat Bayan Lepas pada pagi 28 Julai 2018.

Turut berucap, Pemangku Majlis Pengurusan PSDC, Datuk Teh Yong Khong yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eng Tek.

Pengarah Bahagian Penyelaras Bumiputera Pulau Pinang, Unit Penyelaras Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Asuat Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif PSDC, Muhamed Ali Hajah Mydin turut sertai sidang media berkaitan.

Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Tanjong memberitahu, Suruhanjaya Tenaga sebelum ini antara lain menjelaskan bahawa kerja-kerja penggantian kabel elektrik di Zon Perindustrian Bayan Lepas dijangka mengambil masa kira-kira enam tahun.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI

Video : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS