KM lantik dua wanita pegang jawatan penting

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru melantik dua wanita memegang jawatan penting dalam pentadbiran Kerajaan
Negeri.

Raja Syarafina Raja Shuib dilantik sebagai Pegawai Undang-Undang bagi Ketua Menteri, disebabkan, Andrew Yong mengambil cuti belajar selama setahun di luar negeri.

Manakala, Ir. Hartini Ali dilantik sebagai Timbalan Pengurus Besar II (Bahagian Teknikal) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

“Kedua-duanya adalah wanita muda yang akan membantu Kerajaan Negeri,” ujar Guan Eng di sini baru-baru ini.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng dan Datuk Rosli Jaafar (Pengurus Besar PDC) turut hadir pada majlis tersebut.

Raja Syarafina merupakan graduan undang-undang dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai penulis bebas di akhbar tempatan.

Hartini pula merupakan graduan kejuruteraan sivil dari Universiti Monash dekat Australia yang berpengalaman lima tahun sebagai Pengurus Perancangan Wilayah di sebuah syarikat pembentungan nasional.

Guan Eng berkata, pelantikan dua wanita berkenaan membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sangat mengiktiraf kemampuan negara dalam membangunkan potensi negeri ini.