KM terima kunjungan hormat Duta Poland

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini menerima kunjungan hormat Duta Poland di Malaysia, Adam Wacław Jelonek dekat pejabatnya di sini.

Mereka, antara lain berbincang mengenai hubungan strategik di kedua-dua negara, terutama dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan.

“Kebersihan dan kehijauan negeri ini diharap dapat menarik lebih ramai pelancong dari Poland ke negeri ini,” ujarnya selepas menerima cenderamata kenang-kenangan daripada wakil Poland di sini.

Kunjungan hormat itu turut disertai beberapa tetamu lain, antaranya Ma Ni Sha Lynn, Kalpana Devi, Datuk Suppiah Manikam dan Gurdial Singh.