KN tetap lantikan Ahli Majlis – Patahiyah

GEORGE TOWN – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) buat pertama kalinya bersidang dan bermesyuarat dengan dianggotai Ahli – ahli Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) baru dilantik bagi sesi lantikan 2014.

Pada mesyuarat tersebut, turut disenaraikan Ahli-ahli Majlis dan Pengerusi Gantian bagi setiap
jawatankuasa.

Jawatankuasa Tetap Perancangan Pemajuan dipengerusikan oleh Muhammad Bakhtiar Wan Chik, Jawatankuasa Tetap Pengurusan Kewangan (Joseph Ng Soon Siang), Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Lalu Lintas (Muhammad Sabri Md. Osman).

Ong Ah Teong merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Pengerusi Jawatankusa Tetap Penguatkuasaan & Pendidikan (Tan Kim Hooi sehingga 30 Jun ini dan Lim Boon Beng bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2014).

Dalam pada itu, Yang di-Pertua Majlis, Datuk Ar. Patahiyah Ismail memberitahu bahawa ketetapan lantikan Ahli Majlis adalah ditetapkan Kerajaan Negeri.

“Pihak Majlis tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh perkhidmatan seseorang Ahli Majlis dilantik.

“Ia adalah di luar bidang kuasa MPPP,” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Ahli Majlis, Aidi Akhbal Mohamed Zainon yang merupakan satu-satunya ahli dilantik dalam tempoh setengah penggal sehingga 30 Jun ini.