KM terima kunjungan hormat HC Australia

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi (HC) Australia di Malaysia, Rod Smith di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Pertemuan selama sejam itu, antara lain membincangkan mengenai hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara khususnya peranan Pulau Pinang dalam memperkukuhkan hubungan manusia ke manusia (peopleto- people relations) dan perkongsian peluang antara kedua-dua pihak.

Menurut Guan Eng, Pulau Pinang dan Australia telah menjalin hubungan yang baik dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pembangunan modal insan, keselamatan, sukan dan pertahanan.

Malah, beliau turut menjemput Australia untuk menyertai festival tahunan iaitu Festival George Town dalam meraikan nilai-nilai estetika kesenian dan kebudayaan.

Guan Eng dalam pada itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Australia atas kerjasama yang ditonjolkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pes awat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang baru-baru ini.

Kunjungan tersebut adalah lawatan pertama Smith ke negeri ini ekoran pelantikannya Januari lalu.