KN lulus serta-merta RM665,000 kurangkan risiko banjir, umum Kon Yeow

BAYAN LEPAS – Kerajaan Negeri meluluskan sejumlah RM665,000 peruntukan tujuh projek tebatan banjir yang dipohon oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta-merta, sebagai langkah menangani risiko banjir berskala jangka pendek di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian banjir pada awal pagi 7 November lalu di beberapa kawasan di negeri ini.

“Kerja-kerja akan dilaksanakan sertamerta, lantikan (kontraktor) terus,” jelasnya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Pengasingan Sisa Di Punca Peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Bayan Lepas anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di sini.

Tujuh projek yang mendapat kelulusan sertamerta Kerajaan Negeri tersebut adalah:

  •  RM180,000 peruntukan caruman perparitan bagi kerja-kerja pendalaman Sungai Pinang.
  •  RM200,000 peruntukan caruman perparitan untuk kerja-kerja pendalaman muara Sungai Pinang.
  • RM75,000 peruntukan caruman perparitan untuk kerja-kerja pendalaman dan membaiki tebing Sungai Dondang.
  • RM100,000 peruntukan caruman perparitan bagi pendalaman dan membaiki tebing Sungai Air Itam.
  • RM50,000 peruntukan mengurus bagi kerja-kerja pendalaman Kolam Takungan A, B dan C Daerah Timur Laut (DTL).
  • RM30,000 peruntukan mengurus bagi kerja-kerja menyelenggara dan membaiki sistem pam tebatan banjir di DTL.
  • RM30,000 peruntukan mengurus bagi kerja-kerja pendalaman Sungai Jelutong.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);