Kompleks Sukan Bandaraya Relau, janji ditepati kata dikotai – Guan Eng

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

PAYA TERUBONG – Kompleks Sukan Bandaraya Relau di sini dijangka dibuka kepada orang ramai pada pertengahan Februari ini, kata Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Menurut beliau, kompleks bernilai RM21 juta dibiayai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu kini secara umumnya telah siap mengikut tempoh yang dijadualkan iaitu 20 bulan.

“(Kompleks) ini merupakan satu lagi projek untuk rakyat yang akan memberikan manfaat kepada semua.

“Kerajaan Negeri nak galakkan lebih ramai orang untuk bersenam supaya hasrat menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang sihat akan tercapai,” ujarnya pada lawatan beliau ke tapak projek berkaitan di sini 19 Januari lalu.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Patahiyah Ismail, Yeoh Soon Hin (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Paya Terubong), Ar. Yew Tung Seang (Setiausaha Bandaraya MBPP) dan Ar. Loh Mei Ee (arkitek MBPP).

Guan Eng memberitahu, penyiapan projek tersebut dalam tempoh yang ditetapkan membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Pakatan Harapan dalam menunaikan janji kepada rakyat.

“Janji ditepati, kata dikotai.

“Yang penting kita (Kerajaan Negeri) telah mengotai janji yang dibuat pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor lalu, yang mana sebuah kompleks sukan akan dibina di sini,” ujarnya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai reka bentuk kompleks bertaraf antarabangsa berkenaan, Guan Eng menyatakan bahawa ianya direka bentuk secara in-house oleh arkitek MBPP.

“Reka bentuk ini dibuat secara in-house oleh arkitek MBPP iaitu Tung Seang dan Mei Ee.

“Kolam renang dan gelanggang badminton di sini adalah mengikut piawaian sukan Olimpik. Maka, ini cukup membuktikan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai kakitangan berkebolehan dan bertaraf antarabangsa jua,” ujarnya.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);