Kurang penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan merugikan

LYDIA Ong Kok Fooi (kiri sekali) berkongsi maklumat dengan Chow Kon Yeow (tengah) mengenai pembabitan wanita dalam urus tadbir bersempena Latihan Kepimpinan Wanita Dalam Tadbir Urus Tempatan anjuran PWDC di sini baru-baru ini.
LYDIA Ong Kok Fooi (kiri sekali) berkongsi maklumat dengan Chow Kon Yeow (tengah) mengenai pembabitan wanita dalam urus tadbir bersempena Latihan Kepimpinan Wanita Dalam Tadbir Urus Tempatan anjuran PWDC di sini baru-baru ini.
LYDIA Ong Kok Fooi (kiri sekali) berkongsi maklumat
dengan Chow Kon Yeow (tengah) mengenai pembabitan
wanita dalam urus tadbir bersempena Latihan Kepimpinan
Wanita Dalam Tadbir Urus Tempatan anjuran PWDC di sini
baru-baru ini.

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

TANJONG BUNGA – Pembabitan kira-kira 28 peratus kaum Hawa daripada jumlah Ahli Senat, Ahli Dewan Rakyat (10.4 peratus) dan
Ahli Dewan Undangan Negeri (8 peratus) dalam negara masih belum mencapai kuota 30 peratus penyertaan wanita dalam kepimpinan
sebagaimana disarankan kerajaan persekutuan dalam Rancangan Malaysia ke-9.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Ong Kok Fooi berkata, jumlah tersebut masih belum selaras dengan
Konvensyen Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women – General Recommendation No.23) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan penyertaan wanita pada tahap 30 peratus dalam tadbir urus.

“Di Malaysia, wanita membentuk sekurangkurangnya 51 peratus daripada populasi keseluruhan penduduk. Perangkaan kini menunjukkan bahawa kita (negara) masih jauh ketinggalan,’’ katanya ketika merasmikan Latihan Kepimpinan Wanita Dalam Tadbir Urus Tempatan anjuran Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow dan Ketua Pegawai Eksekutif PWDC, Sri Husnaini Sofjan.

Sejumlah 50 wanita menyertai bengkel latihan melibatkan beberapa individu dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dewan perniagaan, persatuan penduduk, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK), institusi akedemik dan swasta.
Tambah Kok Fooi, di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri sentiasa memberi ruang dan peluang bagi memperkasakan wanita terutama dalam tadbir urus dan advokasi.

“Malah, pembangunan wanita menjadi nadi kepada kejayaan dan perkembangan positif di negeri ini,” jelasnya sambil menyatakan bahawa peningkatan penyertaan wanita pada tahap kepimpinan tempatan adalah amat penting untuk memastikan kesaksamaan serta kesejahteraan sosial dan pertumbuhan ekonomi sesebuah masyarakat.

Dalam pada itu, Sri Husnaini berkata kekurangan penyertaan wanita pada peringkat pembuat keputusan merugikan seluruh masyarakat.

“Pemerkasaan wanita secara aktif dalam arena tempatan bakal mendatangkan manfaat besar kepada semua.

“Bengkel latihan ini adalah salah satu paltform unik untuk membawa bersama peserta wanita dari pelbagai lapisan masyarakat dan sektor untuk berkongsi pendapat serta pengalaman dalam memperkasakan keupayaan kaum Hawa di semua peringkat,” ujar
beliau.