Laporan kajian arkeologi Sia Boey jangka siap Nov. – GTWHI

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Laporan penuh pasukan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai penemuan unsur artifak di pasar lama Sia Boey atau terusan lama Prangin dijangka siap sepenuhnya pada bulan November ini.

Mengulas lanjut, Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated (GTWHI), Dr. Ang Ming Chee menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat spekulasi awal mengenai kawasan penemuan terbaru itu.

“Saya harap semua pihak tidak membuat spekulasi awal sehinggalah semua bukti-bukti (penemuan) yang ada dikutip,” ujarnya kepada pemberita di sini pada 12 Ogos lalu.

Menurut Ming Chee, langkah sebegitu adalah demi memastikan kerja-kerja kajian arkeologi secara profesional di kawasan berkenaan tidak diganggu dan terjejas.

Pada 6 Januari lalu, sebuah terusan tertutup di bawah tanah di Sia Boey dibuka semula untuk kerja-kerja pemeriksaan berwajib.

Pada Mac (2016), ahli arkeologi USM yang membuat kajian awal dan kerja-kerja menggali di Sia Boey menemukan batu-bata, kayu, jubin, seramik dan duit syiling lama.

}