Majlis Kesyukuran, Jamuan Berbuka Puasa rai Hari Jadi TYT Ke-76

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM – Lebih 300 hadirin  menyertai Majlis Kesyukuran dan Jamuan Berbuka Puasa di Masjid Syeikh Abdullah Fahim, Kepala Batas sempena Hari Jadi Rasmi Kali Ke-76 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang baru-baru ini Mufti Pulau Pinang, Sohibus Samahah Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor memimpin bacaan Surah Yaa Sin dan Tahlil pada majlis kesyukuran TYT, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri  dan Hal Ehwal Pengguna), Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Datuk Mokhtar Mohd. Jait (Pegawai Kewangan Negeri) turut hadir pada majlis itu.

Hadir sama, Yang di- Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man, Datuk Abdul Walid Abu Hassan (Ketua Hakim Mahkamah Sharie Pulau Pinang), Datuk Razali Hussein (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang, JHEIPP), Datuk Wira Abd. Rahim Hanafi (Ketua Polis Negeri), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff (Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, PEMENANG) serta Ketua-ketua Jabatan dan kenamaan lain.

Manakala, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Datuk Law Choo Kiang (Speaker Dewan Undangan Undangan Negeri Pulau Pinang) dan Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Utiliti) pula hanya menyertai jamuan berbuka puasa bersama Abdul Rahman.

Hari Jadi Rasmi TYT diraikan tiap-tiap tahun pada hari Sabtu minggu kedua dalam bulan Julai.