Makan malam rai delegasi IMT-GT CMGF

BERMAKNA…. Bagi menyambut penyertaan kira-kira 200 peserta Forum Lawatan Ketua-ketua Menteri dan Gabenor-gabenor (CMGF) Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia – Malaysia -Thailand (IMT-GT) Ke-Empat baru-baru ini, sebuah majlis makan malam khas telah dianjurkan tuan rumah, Pulau Pinang.

Pada majlis tersebut, pelbagai pertunjukkan kebudayaan negeri yang julung kali terlibat dalam penganjuran berkenaan dipersembahkan melalui tarian dan nyanyian. Turut dipersembahkan adalah lagu-lagu popular tiga negara.

Berucap pada majlis tersebut adalah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

CMGF IMT-GT Ke-Empat berlangsung selama tiga hari bagi membincangkan isu-isu serantau seperti pelancongan, pemuliharaan alam sekitar, industri halal, ekonomi dan pengangkutan.