Mangsa kebakaran Penanti dapat bantuan segera

MANSOR Othman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Abdul Malik (kanan sekali) selepas rumahnya hangus dalam kejadian kebakaran di Kampung Kubang Ulu, Mukim 20, Penanti di sini baru-baru ini.

SEGERA… Prihatin dengan nasib yang menimpa seorang mangsa kebakaran di Kampung Kubang Ulu, Mukim 20, Penanti,Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman telah tampil menyampaikan sumbangan segera di sini baru-baru ini.

Selain wang tunai, antara sumbangan yang disampaikan adalah beberapa barang keperluan asas kepada mangsa, Abdul Malik Ahmad, 42, yang kini menumpang di rumah saudara di kawasan berhampiran.

Sumbangan tersebut umumnya dapat mengurangkan beban ditanggung Abdul Malik yang mengalami kerugian kira-kira RM70,000 ekoran kejadian tersebut.