MBPP pilih Kampung Herriot sebagai perintis kitar semula minyak masak terpakai

Admin

PULAU TIKUS – Kampung Herriot yang terletak dekat Medan Lim Cheng Teik di sini dipilih sebagai perintis dalam melaksanakan Program Kitar Semula Minyak Masak dan Serahan Botol Plastik di bawah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada syarikat yang mengedarkan tong-tong kitar semula minyak masak terpakai, TGG Enterprise.

Menurut Pembantu Kesihatan Awam MBPP, Nizuar Nordin, sejumlah 40 tong diedarkan kepada penduduk di sini bagi tujuan pengumpulan minyak masak terpakai.

“Apabila tong-tong ini penuh, penduduk cuma perlu menghubungi nombor yang tertera di tong yang diedarkan untuk kutipan.

“Minyak yang dikumpul akan dibawa untuk diproses menjadi bahan biodiesel sekaligus mengurangkan pelepasan minyak masak ke dalam sistem saliran atau longkang,” ujarnya kepada Buletin Mutiara baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nizuar memaklumkan bahawa pihaknya bercadang untuk meneruskan program berkaitan ke lokasi lain termasuk di kediaman bertingkat di lokaliti terpilih.

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI