MBSP dipilih sertai Projek CAREton, tingkat aktiviti kitar semula

Admin
dev 3386

SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) di luar Lembah Klang pertama dipilih sebagai rakan strategik bagi pelaksanaan Projek CAREton bersama Tetra Pak Malaysia Sdn.Bhd. dan Nestle Milo UHT Malaysia.

Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Terrynz Tan memberitahu bahawa melalui kersajama tersebut, pihaknya akan menyusun pelbagai aktiviti bagi mengambangkan lagi Projek CAREton.

“Hari ini merupakan titik permulaan bgi pelaksanaan Projek CAREton di Seberang Perai melalui aktiviti khusus untuk warga MBSP.

“Diharapkan agar program hari ini menjadi titik mula yang akan membentuk satu arus perkembangan seterusnya untuk bersama-sama mengembangkan lagi Projek CAREton di kawasan pentadbiran MBSP,” katanya semasa berucap pada majlis perasmian projek berkenaan yang disempurnakan oleh Datuk Bandar MBSP, Dato’ Azhar Arsyad dekat Menara Bandaraya di sini pagi tadi.

Turut hadir, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran MBSP, Ahmad Zabri Mohamed Sarajudin; wakil-wakil daripada Tetra Pak Malaysia Sdn.Bhd. dan Nestle Milo UHT Malaysia serta kakitangan MBSP.

dev 3348

dev 2768

dev 3419

dev 3424

Mengulas lanjut, Terrynz berkata Projek CAREton mula dilaksanakan di Malaysia sejak tahun 2012 dan telah berjaya mengumpul sebanyak 4,000 metrik tan kotak minuman di seluruh negara.

“Projek ini mempunyai empat objektif utama iaitu untuk memupuk kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kelestarian alam sekitar khususnya amalan kitar semula kotak minuman.

“Selain itu, kami juga berharap agar dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat pengumpul di kawasan rakan strategik supaya dapat mengumpul lebih banyak kotak minuman dan memberikan kemudahan kepada masyarat untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

“Semua bekas minuman yang dikumpulkan melalui projek ini akan dihantar ke kilang kitar semula untuk menghasilkan papan bumbung dan papan panel yang mana produk-produk yang dihasilkan ini didermakan bagi membantu projek-projek komuniti,” katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, melalui kerjasama syarikat Tetra Park dan Nestle Milo UHT Malaysia akan bersama-sama MBSP bagi memberikan taklimat pendidikan berkaitan kitar semula dan memberikan hadiah kepada pemenang yang berjaya mengumpul kotak minuman.

“Selain itu, syarikat Tetra Park juga akan mengadakan pameran di lobi MBSP bagi memberikan pendedahan projek dan program alam sekitar kepada kakitangan di MBSP.

“Di samping itu, akan diadakan juga kempen jualan minyak terpakai oleh Syarikat Arus Oil melibatkan kakitangan MBSP dan orang awam yang berminat menjual minyak masak terpakai dan setiap beratan akan dibayar dengan kadar harga RM3 bagi setiap kilogram (kg),” katanya.

Justeru, Azhar berharap agar pelaksanaan Projek CAREton mampu meningkatkan kesedalam dalam kalangan masyarakat untuk terus berusaha dalam merealisasikan penggunaan MBSP Smart Consumption Model.

“MBSP juga berusaha untuk menggalakkan kitar semula dijalankan oleh penduduk Seberang Perai bagi mencapai sasaran kadar kitar semula sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2030.

“Bagi merealisasikan sasaran ini, MBSP tidak boleh melaksanakan program atau projek kitar semula ini sendirian tetapi apa yang diperlukan adalah kerjasama dan tanggungjawab bersama daripada semua pihak,” katanya.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD