Menangi tiket penerbangan ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo

Admin

AIR ITAM – Mahu menyaksikan temasya gilang-gemilang Sukan Olimpik 2020 Tokyo dengan lebih dekat dan percuma?

Mudah sahaja caranya, hanya perlu mengambil bahagian dalam mana-mana acara dalam Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 bermula 12 hingga 23 Jun 2019.

Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee berkata, hanya empat acara sukan akan diadakan sempena penganjuran Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019.

“Peserta hanya perlu menyertai mana-mana satu acara yang dipertandingan iaitu badminton, tenpin boling, sepak takraw dan bola tampar.

“Pihak penganjur juga telah menyediakan 50 hadiah cabutan bertuah termasuk hadiah utama tiket penerbangan ke Tokyo bagi menyaksikan temasya Sukan Olimpik 2020 berserta pakej penginapan.

“Hadiah lain yang ditawarkan adalah tiket penerbangan ke Taiwan, China, tiket penerbangan AirAsia, telefon bimbit, barangan elektrik, baucar dan sebagainya.

“Jom sertai Karnival Olimpik Pulau Pinang dan anda berpeluang menangi hadiah menarik yang ditawarkan,” ujarnya pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Itam semalam bagi mempromosikan Karnival Olimpik Pulau Pinang 2019 anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP).

Maklumat lanjut sila layari http://event/howei.com atau hubungi Pejabat MSNPP di talian 04-659 3713 / 3714 / 3715

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 April 2019.

Oleh: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN
Gambar: ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI