Menteri berkenaan jadi mangsa terbaru politik fitnah dan jahat – Afif

Admin

GEORGE TOWN – Dalam doa kepada Allah S.W.T, Dr. Afif Bahardin berharap dalang di sebalik penyebaran video ‘intim’ yang dikatakan dengan seorang Menteri, kelak dihumban ke dalam neraka.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan itu menyifatkan bahawa Menteri berkenaan menjadi mangsa terbaru politik fitnah dan jahat di tanah air ini.

“Pada saya, apa yang berlaku sepanjang dua hari lepas adalah satu fitnah jahat.

“Saya kenal menteri berkenaan secara peribadi, dan saya yakin beliau juga adalah mangsa fitnah ini dan berdoa kepada Allah agar kelak mereka berkenaan dihumban ke dalam neraka,” jelasnya dalam sidang media di Komtar tadi

Hampir semua Exco Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang menyertai sidang media tersebut.

Afif menyatakan sedemikian selepas diminta mengulas mengenai klip video ‘intim’ berkenaan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

Video : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS