MPPP jelajah info sistem parkir baru

JELAJAH…. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini mengadakan siri jelajah di lima lokasi berlainan bagi memberi pendidikan awam berkenaan Sistem Letak Kereta Berkupon yang bakal dilaksanakannya tahun hadapan.

Siri menumpukan kawasan padat dengan jumlah petak letak kereta dan kawasan perniagaan itu adalah bertujuan memberi kefahaman kepada semua pihak terutamanya umum berhubung kegunaan sistem baharu tersebut.

Sistem kupon dan pas bulanan tersebut bakal digunapakai pada 1 Januari 2014.

Turut diperkenalkan adalah gajet mesra pengguna, Sistem Parkir Pintar yang tidak memerlukan penggunaan sistem tiket, syiling dan meter parkir.

Bagi pembelian kupon dan tambah nilai, pembelian boleh dibuat di pasar mini, stesen minyak, pejabat MPPP, pejabat Alam Indah dan restoran 24 jam terpilih.