MPPP naiktaraf kompleks parkir bertingkat Lebuh Pantai

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Joseph Ng Soon Siang memaklumkan bahawa kawasan parkir di Lebuh Pantai kini sudah diambil alih semula pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit selepas dua tahun berada di bawah seliaan pihak swasta.

“Lanjutan itu, bangunan parkir setinggi enam tingkat ini akan dinaiktaraf serba sedikit seperti menambah bilangan papan tanda dari luar bagi membolehkan orang ramai sedar akan kewujudannya dan juga memasang lampu-lampu baru di bahagian dalam,’’ ujarnya pada sidang media di lokasi di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, k o m p l e k s menyediakan 203 lot parkir berkenaan turut mempelawa umum yang bekerja di sekitar Lebuh Pantai di sini atau yang berurusan di kawasan sekitar dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan (kompleks letak kereta) tersebut dan elakkan daripada meletak kenderaan di bahu-bahu jalan sehingga disaman.

“MPPP menyediakan pas bulanan berharga RM150 sebulan bagi mereka yang ingin meletakkan kenderaan di sini.

“Bagi parkir harian, tiada caj dikenakan bagi 30 minit pertama,’’ jelasnya.

Soon Siang memberitahu, selain kompleks parkir yang memberi kemudahan kepada orang ramai, MPPP juga kini dalam rangka perbincangan untuk mengimplementasikan sistem pembayaran automatik bagi melestarikan penggunaan parkir bertingkat berkenaan.