MPPP tawar semula 45 perjawatan pasca sistem parkir baru

Oleh: ZAINUlFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Pengenalan sistem parkir Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berkupon serta prabayar baharu telah membuka 45 peluang pekerjaan.

Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik berkata, seramai 232 atenden yang hilang pekerjaan ekoran sistem baharu itu dipelawa semula memohon pekerjaaan setaraf dengan pihak berkuasa tempatan berkenaan (PBT) tersebut.

Menurut beliau, pekerja sepenuh masa serta mereka yang benar-benar hilang mata pencarian akan diberi keutamaan untuk mengisi 45 kekosongan tersebut melalui satu temuduga, sejurus proses permohonan perjawatan tutup pada 25 November lepas.

“Mereka yang berminat boleh memohon (pekerjaan) sebagai jurujual kupon parkir daripada enam ejen utama yang dilantik pihak pengurusan (di bawah) Abdul Malik Abdul Kadir (Pengarah Urusan Perkhidmatan Alam Indah Sdn. Bhd.),” ujarnya dalam satu sidang media dekat Komtar, di sini baru-baru ini.

Selain Abdul Malik, Penolong Akauntan Kanan MPPP, Asiah Mohd. Ali turut hadir pada sidang media itu.

Dalam perkembangan sama, sila hubungi Abdul Malik bersama enam agen-agen utamanya, iaitu P.K. Ravee (012 – 574 3002), Abdul Ghafur Sultan (012 – 459 3236), Abdul Halim Zakaria (012 – 405 3966), Muhammad Taha Nagor Meera (016 – 428 0890), Mohammed Amin (016 – 400 7976) dan Yeoh Siew Beng (016 – 411 6467) untuk tujuan merujuk status permohonan perjawatan.