Produk asas tani PP serta pameran kebangsaan

USAHAWAN… Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2013 yang berlangsung di Kuantan, Pahang baru-baru ini membuka ruang kepada segenap lapisan usahawan Industri Asas Tani mempromosikan produk masing-masing.

Tidak ketinggalan, produk usahawan Industri Asas Tani di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang yang mempamerkan produk bakeri berasaskan durian, pes asam laksa dan pes perencah serbaguna.

Turut hadir pada Majlis Pelancaran Produk Usahawan Bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sempena sambutan tersebut adalah Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin dan Pengarah Vaterinar Pulau Pinang, Dr. Johari Abu Bakar.