MPSP rangkul anugerah peringkat kebangsaan

TahNIah… Buat julung kali, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berjaya merangkul anugerah kategori Inisiatif Pembangunan Kebun Kejiranan peringkat kebangsaan sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MPSP merupakan di antara 17 buah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang disenaraipendek dari 30 penyertaan bagi lima kategori dipertandingkan.

Selain MPSP, kategori sama turut dimenangi Lembaga Bandaran Johor Tenggara dan Majlis Daerah Kuala Selangor.

Hadir mewakili MPSP ialah Setiausaha Perbandaran, Sr. Rozali Mohamud.