Murid terpilih terima bantuan pakaian sekolah

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

BERTAM – Seramai 200 murid terpilih mampu dan anak yatim daripada enam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) dipilih untuk menerima bantuan pakaian dan kelengkapan persekolahan di Kampung Datuk, di sini baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Bertam, Asrol Sani Abd. Razak ketika ditemui berkata, sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan Zakat Pulau Pinang (ZPP), Kerajaan Negeri dan beliau sendiri.

“Diharap sumbangan diterima ini mampu menyuntik semangat adik-adik (para penerima) untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan yang cemerlang.

“Murid-murid dipilih ini adalah daripada keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru- baru ini.

Selain pengerusi JKKK, turut serta dalam agihan bantuan pakaian dan kelengkapan persekolahan ialah Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.

Seramai 40 murid dari JKKK Padang Benggali, JKKK Permatang Sintok (40), JKKK Kampung Bertam (40), JKKK Permatang Serdang dan Kepala Batas (40), dan JKKK Kampung Datuk (40) menerima bantuan pakaian dan kelengkapan persekolahan bagi Sesi Persekolahan 2014.