Skuad Desa Mawar F.C. juara bola sepak

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

AIR ITAM – Skuad Desa Mawar F.C. muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Piala Y.B. Wong Hon Wai dekat Padang Suria di sini baru-baru ini.

Dengan kemenangan tersebut, Desa Mawar F.C. membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, pingat, sijil penyertaan berserta sebuah piala.

Menurut Hon Wai yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, sebanyak 11 pasukan menyertai kejohanan yang julung kali diadakan berkenaan.

“Walaupun pertama kali dianjurkan secara kalah-mati, sokongan dan penyertaan pasukan- pasukan menunjukkan semangat untuk bersukan.

“Hal ini merupakan petunjuk yang baik dalam melahirkan pemain berbakat untuk menyertai liga bola sepak kelak,” katanya kepada
Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah dianjurkan bersama Pejabat Khidmat ADUN dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jalan Zoo.

Terdahulu, Hon Wai turut meluangkan masa mengedarkan kalendar tahun 2014 beliau dan Buletin Mutiara sekitar Pasar Awam Air Itam di sini.