Nak berjaya, KM nasihat pelajar mesti rajin, bersih dan berani

RAJIN, BERSIH, BERANI… Seramai 660 pelajar kurang mampu dari 22 sekolah sekitar Parlimen Bagan masing-masing menerima bantuan persekolahan RM100 daripada Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng selaku Ahli Parlimen kawasan tersebut baru-baru ini.

Dalam ucapan beliau, katanya, tiada jalan mudah dan singkat untuk mengecapi kejayaan dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Untuk berjaya dalam hidup, para pelajar perlulah rajin, bersih dan berani… tiga elemen ini akan menjadikan anda insan yang berjaya dan sama-sama mengecapi kemajuan di negeri Pulau Pinang ini,” ucapnya pada penganjuran Program Bantuan Pelajar Miskin Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Bagi Kawasan Parlimen Bagan di sini.

Mengulas lanjut, Guan Eng turut menekankan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah lupa kepada golongan kurang berkemampuan di negeri ini dengan menyediakan inisiatif mewujudkan pelbagai programprogram kebajikan demi kepentingan bersama.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh; Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, A. Tanasekharan dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri lain.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);