P.Pinang iktiraf lapan artis kraftangan, seni halus

Oleh: WATAWA N ATA F ZULKIFLI

GEORGE TOWN – Lapan artis kraftangan dan seni halus dipilih menerima sijil penghargaan, plak dan RM2,000 gaji tahunan sepanjang hayat daripada Kerajaan Negeri sempena sambutan Living Heritage Treasures of Penang Awards 2013.

Mereka, Datuk Lim Bian Yam (chef), Koh Ah Wah (pengukir kayu), Ooi Siew Kim (pereka patung Hokkien), Wan Dee (penari Menora), Lee Khek Hock (pembuat tanglung), Toh Ai Hwa (pereka patung opera ) , N.B Samarasena (pereka barang kemas) dan Sim Buck Teik (pengayam rotan).

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, insiatif itu diharap dapat menyedarkan orang ramai supaya lebih menghargai hasil kraftangan dan seni halus di negeri berkenaan.

“Kebolehan-kebolehan mereka ini telah diiktiraf, didokumentasikan, malah, akan disimpan dan dikembangkan agar generasi yang mendatang tidak akan kehilangan nilai seni yang sungguh tinggi nilainya.

“Sememangnya ini harus dikekalkan dan dibangunkan di atas tanah warisan Pulau Pinang ini,” ujarnya semasa menyampaikan ucaptama di sini baru-baru ini.

Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Te m p a t a n , P e n g u r u s a n Lalulintas dan Tebatan Banjir) dan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan), dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim ( Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut hadir pada keraian itu.

Sebelum itu, Guan Eng menyempurna majlis perasmian Persatuan Teochew Pulau Pinang dekat Lebuh Chulia di sini, sela in, menyaksikan demontrasi seni batik dan Silat Cekak.

Beliau turut mengadakan kunjungan ringkas ke Masjid Kapitan Keling, Yang Kongsi dan Galeri India Muslim di sini.