P. Pinang mahu kompaun RM300 di kawasan larangan rokok

Admin

GEORGE TOWN Hak mengeluarkan kompaun sehingga RM300 kepada mereka yang merokok di kawasan larangan dimohon oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2012 baru-baru ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) setakat ini dibenarkan mengeluarkan notis denda maksimum RM500 untuk mereka yang membuang sampah hatta puntung rokok di kawasan awam.

Justeru katanya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kesihatan untuk membenarkan penguatkuasaan PBT di kawasan-kawasan yang telahpun diwartakan larangan merokok.

“Kerajaan Negeri akan cuba membawa cadangan (kepada) Kementerian Kesihatan supaya penguatkuasaan majlis (PBT) boleh dilakukan di kawasan-kawasan larangan ini,” ujar beliau di Plaza Gurney, di sini.

Doktor Kesihatan Awam dari Hospital Adventist Pulau Pinang, Dr. Edward Nathan turut menyampaikan ucapan mengenai bahaya budaya merokok kepada hadirin.

PHEE Boon Poh (lima dari kanan) bersama-sama sukarelawan mempamerkan kain rentang k e m p e n Hari Tanpa T e m b a k a u Sedunia 2012 di sini baru-baru in
PHEE Boon Poh
(lima dari kanan)
bersama-sama
sukarelawan
mempamerkan
kain rentang
k e m p e n
Hari Tanpa
T e m b a k a u
Sedunia 2012 di
sini baru-baru
ini

 

Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu menjelaskan, hampir enam juta penduduk dunia saban tahun dikesan meninggal dunia akibat budaya merokok.

Dari angka itu, beliau berkata, lebih600,000 yang merupakan bukan perokok tetapi terdedah pada asap rokok.

Tuntas dari itu, Boon Poh menyeru semua pihak menyokong kempen ‘Dunia Tanpa Tembakau sebagaimana yang disemarakkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke arah merealisasikan kempen ‘Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat’ di negeri berkenaan.