P. Pinang pertama ngorak langkah bantu IKS

Admin
PESERTA pameran menunjukkan demo basikal elektrik teknologi baru yang lebih praktikal dan laju pada penganjuran International Industrial Expo 2012 di sini baru-baru ini.
PESERTA pameran menunjukkan demo basikal elektrik teknologi baru yang lebih praktikal dan laju pada penganjuran International Industrial Expo 2012 di sini baru-baru ini.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

BAYAN BARU‘’Pulau Pinang layak membawa pulang pingat Emas Olimpik dalam acara pelaburan,’’ tegas Ketua Menteri, Y.A.B. Lim Guan Eng pada Majlis Pelancaran International Industrial Expo bertempat di Penang International Sports Arena (PISA) di sini baru-baru ini.

Katanya, Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang melancarkan program khas bagi membantu penggiat industri kecilm dan sederhana (IKS) di sini.

“Kerajaan Negeri membuka peluang kepada semua industri. Kita mempunyai Pusat Industri Kecil dan Sederhana bagi membantu penggiat industri.

“Kita beri pertolongan selama lima tahun supaya industri tersebut berjaya dalam pasaran. Lima tahun merupakan tempoh yang panjang dan Pulau Pinang merupakan negeri pertama melancarkan program seperti ini bagi kepentingan penggiat industri,’’ katanya dalam ucaptama bersempena majlis pelancaran di sini baru-baru ini.

Bersempena penganjuran tersebut, Guan Eng turut diberi peluang mencuba basikal elektrik baru yang lebih praktikal. Malah, mesin-mesin dan barangan industri seperti teknologi robotic turut dipamerkan pada pameran anjuran kali ke-13 tersebut.

Pameran pada tahun ini turut menyaksikan perjanjian pelaburan bermaanfaat antara Small and Medium Enterprise Association Malaysia (SAMENTA ) , Association of Intellectual property and Organization Malaysia (AIPO), Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan Angle Investor Club (AIC).

Turut hadir pada penganjuran membabitkan 400 peserta seluruh negara adalah Presiden SEMANTA, Koay Chiew Guan dan Presiden Penang Foundry & Engineering Industries Association (PENFEIA), Datuk Ng Chai Eng.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menekankan bahawa Pulau Pinang sememangnya mengalualukan penganjuran expo sebegini bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di sini.