Paket kurma khusus kepada penjawat awam

Admin

GEORGE TOWN – Sempena bulan Ramadan, syarikat pembekal kurma terkemuka di Pulau Pinang, All Kurma Sdn. Bhd. (All Kurma) menyumbang sebanyak 6,000 paket kurma premium Masafii jenis ‘rabbe’ kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sumbangan diserahkan kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di Komtar, petang ini.

Pengarah All Kurma, Najieb Ariff Nazir Ariff ketika ditemui berkata bahawa sumbangan tersebut adalah untuk diagihkan kepada penjawat awam negeri.

“Sebanyak 6,000 paket kurma bernilai RM30,000 diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk diagihkan,” katanya pada majlis penyerahan berkaitan.

Hadir sama, Teo Heng Tatt yang juga Pengarah All Kurma.

Difahamkan, selain kurma-kurma premium, syarikat berkenaan turut membekal kekacang dan buah-buah kering berkualiti serta 100 peratus asli yang dijual secara pukal mahupun individu.

KETUA Menteri menyerahkan sijil penghargaan kepada Teo Heng Tatt. Turut sama, Najieb Ariff Nazir Ariff (kiri sekali).

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : LAW SUUN TING