Para boling padang Pulau Pinang buka langkah kanan, kekal di landasan buru pingat

Admin
3d6b0bd4 a926 4c75 829d bd6bf9076acd SEKALIAN atlet negeri merakamkan gambar kenang-kenangan sempena meraikan kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2026 Selangor yang berlangsung di Stadium Tertutup Boling Padang Bayuemas, di sini, pada 5 September 2026.

KLANG, SELANGOR — Skuad para boling padang Pulau Pinang membuka saingan peringkat kumpulan dengan langkah kanan selepas mencatatkan beberapa kemenangan dalam temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2026 Selangor yang berlangsung di Stadium Tertutup Boling Padang Bayuemas, di sini, petang tadi.

Permulaan positif itu sekali gus memastikan kontinjen negeri terus berada di landasan tepat bagi memburu sasaran pingat yang ditetapkan.

Dominasi Pulau Pinang bermula menerusi aksi cemerlang Muhammad Zulkarnain Maula Md. Zakariah, 32, yang menundukkan wakil Perak, Ammirul Fadzil, 31, dengan keputusan 21-8 dalam kategori perseorangan B7 lelaki.

3d6b0bd4 a926 4c75 829d bd6bf9076acd
SEKALIAN atlet negeri merakamkan gambar kenang-kenangan sempena meraikan kemenangan dalam saingan peringkat kumpulan temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2026 Selangor yang berlangsung di Stadium Tertutup Boling Padang Bayuemas, di sini, pada 5 September 2026.
img 6989
MOHD. Firdaus Ab. Rahman

Langkah cemerlang itu diteruskan Mohd. Firdaus Ab. Rahman, 39, dalam kategori perseorangan B8 lelaki apabila menewaskan atlet Perak, Firza Qusairi, 28, dengan keputusan 21-9.

Rentetan kejayaan turut dilakar menerusi kategori perseorangan B6 lelaki apabila Muhammad Hakimi Mohd. Idris, 30, menewaskan atlet Melaka, Fathurrahman Aiman, 28, dengan keputusan 16-5.

Sementara itu, Abdul Halim Abu Bakar, 30, mempamerkan penguasaan dalam kategori B7 lelaki apabila mencatatkan dua kemenangan, masing-masing menewaskan wakil Selangor, Mohammad Hafizul, 29, dengan keputusan 17-14 sebelum menundukkan atlet Terengganu, Muhammad Hamirul Azwa Muda.

Turut menyumbang kemenangan buat skuad Pulau Pinang ialah atlet berusia 25 tahun, Muhammad Halim Mohd. Salleh, yang menewaskan wakil Sabah, Daniel, 16, dengan keputusan tipis 15-14 dalam kategori perseorangan B6 lelaki.

img 6993 img 6991 img 6992Meskipun mempamerkan aksi bertenaga, beberapa atlet muda negeri berdepan laluan sukar, antaranya Muhammad Irfan Mashor, 16, yang tewas 14-21 kepada wakil tuan rumah, Muhammad Danish Danial Hairi, 23, dalam kategori perseorangan B8 lelaki.

Kekalahan turut dialami Mohammad Rafiq Bakori, 18, dalam kategori B5 terbuka apabila tewas 9-19 kepada atlet Sarawak, Mohd. Nizamuddin Hipni, 29. Amir Damia Qaisara Fazly, 14, pula tewas 9-13 kepada Arianna Danella, 17, dalam kategori B6 wanita.

Dalam pada itu, Muhammad Zulkarnain turut mencatatkan satu kekalahan 6-20 kepada jaguh Sabah, Rezley Patarik, 33, dalam perlawanan seterusnya.

img 6977
MOHD. Firdaus Ab. Rahman

Mengulas pencapaian keseluruhan skuad setakat lewat petang tadi, Ketua Jurulatih yang juga atlet negeri, Mohd. Firdaus, meluahkan rasa berpuas hati terhadap prestasi anak buahnya yang berjaya mencapai sasaran awal.

Menurutnya, perjalanan masih panjang, namun peluang untuk merealisasikan sasaran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), iaitu dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa, kekal cerah.

img 6990
MUHAMMAD Naufal Iman Mohd. Nazi

Semangat tinggi turut disuarakan atlet negeri, Muhammad Naufal Iman Mohd. Nazi, 21, yang menyifatkan pencapaian rakan sepasukan sebagai suntikan motivasi terbaik menjelang saingan seterusnya esok.

Berbekalkan semangat ‘Eyes On Gold’ yang menjadi slogan kontinjen Pulau Pinang, beliau percaya seluruh atlet akan berusaha sehabis baik berdasarkan latihan gigih yang telah dilalui demi membawa pulang pingat buat Pulau Pinang.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: SIEW CHIA EN