Parit Jalan Sungai Ujong ditutup

GEORGE TOWN – Parit di sepanjang kiri dan kanan Jalan Sungai Ujong, di sini akan ditutup sepenuhnya sebagai langkah keselamatan untuk warga setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik berkata, sebanyak RM68,425 diperuntukkan Kerajaan Negeri demi rakyat.

“Setakat ini, sudah ada tiga orang terjatuh ke dalam longkang ini dan tercedera. Kita tidak mahu insiden ini berulang.

“Melalui tender terbuka, kontraktor Berkat Cerah dilantik.

Kita berharap kerja-kerja pemasangan penutup longkang jenis fiber ini boleh dimulakan lebih awal untuk keselesaan rakyat,” ujar beliau di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Kolam, Bee Heng Huat dan dua Pegawai Khas Wei Aik turut hadir pada sidang media itu.

Menurut Wei Aik yang juga Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri kira-kira dua tahun lepas baru membina parit yang lebih luas sehingga menyelesaikan masalah malar segar di kawasan tersebut, iaitu banjir kilat.

Tetapi, katanya, pemasangan penutup paip tidak termasuk dalam bajet menaiktaraf sistem perparitan semasa itu.

Justeru, beliau berkata, kerja-kerja pemasangan penutup parit yang bermula pada 12 Disember tahun lepas terbabit diharap dapat siap mengikut jadual.

NG Wei Aik (dua dari kiri) bersama-sama Bee Heng Huat (paling kiri) dan dua Pegawai Khasnya menunjukkan kawasan parit tanpa penutup di Jalan Sungai Ujong di sini barubaru ini.
NG Wei Aik (dua dari kiri) bersama-sama
Bee Heng Huat (paling kiri) dan dua Pegawai
Khasnya menunjukkan kawasan parit tanpa
penutup di Jalan Sungai Ujong di sini barubaru
ini.