Parit konkrit atasi banjir siap dibina

Admin
ZAHADI Mohamad melawat keadaan parit konkrit.
ZAHADI Mohamad melawat keadaan parit konkrit.

SUNGAI DUAPembinaan parit konkrit di Kampung Permatang Haji Hassan yang siap sepenuhnya pada Julai lalu sekaligus mampu mengelakkan kejadian banjir kilat di kawasan sini.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Sungai Dua, Zahadi Mohamad berkata, peruntukan hampir RM5,500 telah dibelanjakan untuk tujuan pembinaan saluran tersebut.

“Lanjutan daripada inisiatif ini, kita (PPK) akan mengenal pasti beberapa kawasan lain yang berpotensi mengalami= masalah sama dan ikhtiar cara terbaik untuk mengatasinya demi kepentingan penduduk,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zahadi turut melawat kediaman seorang ibu tunggal, Rubbonah Arshad, yang telah siap dibaiki melalui peruntukan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara berjumlah RM10,000 di bawah program pembaikan rumah-rumah rakyat termiskin di sini.

PARIT konkrit yang telah siap dibina di Kampung Permatang Haji Hassan di sini Julai lalu.
PARIT konkrit
yang telah siap
dibina di Kampung
Permatang Haji
Hassan di sini Julai
lalu.